Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Penggunaan Teknologi Digital dalam Dunia Seni Tidak Dapat Dielak

By 27 Jun 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norhafizah Yusof (Sarawak)

KUCHING, 27 Jun (Malaysiaaktif) – Seiring dengan arus kemodenan, penggunaan teknologi digital seperti kecerdasan buatan (AI) tidak dapat dielakkan untuk membantu dalam melaksanakan aktiviti harian dan keadaan ini tidak terkecuali kepada dunia seni.

Panel jemputan bagi Program Bicara Tokoh Seni Budaya Siri 1/2024 yang bertajuk ‘Revolusi Seni Digital’.

Tokoh perfileman negara Datuk Ahmad Tamimi Siregar, berkata penggunaan teknologi digital dalam dunia seni adalah merupakan nilai tambah dalam bidang perfileman yang dapat menjimatkan masa dan memperbaiki segala kekurangan yang ada.

Pendapat tersebut turut disokong oleh Timbalan Ketua Pengarah Kebudayaan dan Kesenian Rosnan Nordin yang, berkata seni budaya digital amat penting untuk golongan pelajar yang bergiat dalam seni budaya dalam mempertahankan seni dan budaya tersebut.

Kedua-dua tokoh tersebut berkata demikian semasa Program Bicara Tokoh Seni Budaya Siri 1/2024 yang bertajuk ‘Revolusi Seni Digital’ di Panggung Eksperimen, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), di sini kelmarin yang berkongsi cerita dan pengalaman tokoh ikon berpengalaman mengenai penggunaan AI di dalam dunia seni pada masa kini.

“Penggunaan AI tidak dapat dinafikan amat penting dalam kalangan pelajar tetapi perlu ada tapisan agar setiap pelajar dapat berfikir secara kritis,” ujar Dekan Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif Profesor Dr. Musdi Shanat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda