
Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Anuar Che Amat
KANGAR, 29 Jun (Malaysiaaktif) – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengarahkan semua pengusaha stesen minyak di negeri Perlis supaya tidak menjual minyak diesel dan petrol RON95 secara berulang pada hari yang sama.

Penyerahan Surat Arahan Pegawal kepada pengusaha stesen minyak di negeri Perlis.
Menurut Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDN Datuk C Adam, Arahan Pengawal dikeluarkan berdasarkan peruntukan di bawah Peraturan 12A Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dan berkuat kuasa serta-merta.
“Arahan ini terpakai kepada kesemua 39 stesen minyak dan pemegang lesen runcit bahan api diesel dan semua gred petrol bagi negeri Perlis,” ujarnya.
Azman berkata demikian dalam sesi perjumpaan bersama pengusaha-pengusaha stesen minyak di negeri Perlis bertempat di Dewan Serbaguna Bukit Ayer, di sini semalam.
Katanya lagi, KPDN akan terus melaksanakan OPS TIRIS 3.0 bagi memastikan aktiviti penyelewengan dan penyeludupan barang kawalan dan bersubsidi dapat dibendung daripada terus berleluasa.
Turut hadir Pengarah KPDN Perlis Norazah Jaapar serta pegawai-pegawai kanan KPDN.
-ZS-