Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Penubuhan NADI Sangat Bermanfaat

By 18 jam yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lydia Humphery Tungkat/Robin Junang (Sarawak)

KUCHING, 22 Jun (Malaysiaaktif) – Penubuhan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang ditubuhkan di kawasan kampung adalah sangat bermanfaat.

Ketua Kampung Taman Impian, Bandar Baru Semariang.

Ketua Kampung Taman Impian, Bandar Baru Semariang Osen Bujang yang ditemui selepas program, berkata NADI yang ditubuhkan di kampung amat membantu generasi muda didedahkan kepada literasi internet disamping menggunakan kemudahan tersebut untuk mencari maklumat bagi tujuan pendidikan.

Program Kenali Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) bersama Komuniti MADANI Sarawak telah diadakan di Kampung Pasir Pandak, di sini kelmarin.

Program tersebut telah disertai oleh lebih kurang 50 orang peserta dan taklimat telah disampaikan oleh Pengurus NADI Kampung Pandak Faiznil Saperi.

Program Kenali NADI Bersama Komuniti MADANI Kampung Pasir Pandak.

“Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) bukan sahaja sebagai pusat penyebaran maklumat tetapi juga menjadi tempat untuk menyediakan pelbagai program bagi komuniti setempat seperti urusan temuduga, pencarian maklumat, pembelajaran dan pengajaran,” kata Faiznil.

Sementara itu, Pengarah Penerangan Sarawak Helmy Hamid semasa berucap, berkata peranan Pusat Maklumat Rakyat di bawah Jabatan Penerangan berperanan hampir sama dengan NADI terutama dalam penyebaran maklumat kepada rakyat tetapi tidak memberi pembelajaran dan latihan kepada pengunjung.

Program tersebut dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Sarawak dengan kolaborasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Wilayah Sarawak.

-ZS-

Tinggalkan komen anda