Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

PERHEBAT Bantu Pesara ATM Memperolehi Kerjaya Kedua

By 12 Jun 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lim Poh Choo (Sarawak)

KOTA SAMARAHAN, 12 Jun (Malaysiaaktif) – Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera Malaysia (PERHEBAT) berperanan memartabatkan pembangunan modal insan dan sosioekonomi bakal pesara dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di negara ini dengan melatih dan membimbing mereka untuk berdepan dengan dunia awam terutamanya serta memperolehi kerjaya kedua setelah tamat perkhidmatan kelak.

Ketua Sektor Bahagian Pencapaian Terdahulu PERHEBAT Wan Azmin Mohd Abu Bakar dalam ucapannya semasa Majlis Penganugerahan Diploma Kemahiran Malaysia dan Penyampaian Sijil PERHEBAT, berkata PERHEBAT merupakan sebuah organisasi yang ditubuhkan pada tahun 1994 di bawah Dasar Penswastaan Negara.

“PERHEBAT merupakan gabungan dua organisasi, iaitu Bahagian Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera, Kementerian Pertahanan atau HEBAT dan Institut Kemahiran KEMENTAH.

“Seramai 30 orang graduan program Program Recognition of Prior Experiental Learning (RPEL) menerima Diploma Kemahiran Malaysia, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) manakala seramai 270 orang Bakal Pesara ATM menerima Sijil PERHEBAT setelah berjaya menamatkan Latihan Peralihan dalam pelbagai bidang,” katanya.

Majlis perasmian dan penyampaian sijil dan diploma tersebut telah disempurnakan oleh Panglima Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (PMTTD) Leftenan Jeneral Datuk Mohd Sofi Md Lepi, di Dewan Suarah Kota Samarahan, semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda