Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

PM Umum Berita Baik Hari Ini

By 16 Jun 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Parameswary Lekshmnan/Naqiah Abdul Malik (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal mengumumkan satu berita baik mengenai harga barangan makanan hari ini, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Fahmi Fadzil ketika berucap pada Majlis Perasmian MYDIN Mart Pantai Dalam.

Menurut Fahmi, pengumuman itu merupakan hasil kerjasama yang baik dan persefahaman antara pihak kerajaan dan sektor industri dalam usaha membantu rakyat.

“Intronya, berkaitan serba sedikit tentang barang makanan yang lazim kita makan secara harian, jadi nantikan berita gembira daripada Perdana Menteri. Tunggu, tunggu PM.

“Ini menunjukkan bahawa bila kita ada kerjasama yang baik daripada sektor industri dan kerajaan ada persefahaman bahawa niat kita adalah untuk rakyat, justeru kita berupaya untuk membuat pengumuman yang akan dibuat oleh Perdana Menteri esok (hari ini),” katanya.

Fahmi berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan pembukaan MYDIN Mart Pantai Dalam di Lembah Pantai, di sini semalam.

Mengulas lanjut, Fahmi, berkata Kerajaan MADANI akan terus menyantuni dan menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat.

Antara pengunjung yang hadir.

“Yang kita ikhtiarkan bukan hanya untuk sekarang, tapi kita cuba perbetulkan adalah kelemahan dalam sistem yang dah terlalu lama yang diambil kesempatan oleh kumpulan-kumpulan yang tidak sepatutnya mengambil kesempatan itu.

“Insya-Allah, yang telah dilakukan sekarang dan akan dilakukan kelak bukan hanya kita fokus hari ini tapi untuk masa depan yang lebih baik,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda