Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Potensi Kanak-Kanak Perlu Diutamakan

By 30 Jun 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Ahmad Nizam Abidin (Pekan)

PEKAN, 30 Jun ( Malaysiaaktif) – Potensi kanak-kanak berusia 5 dan 6 tahun perlu diberikan keutamaan dalam proses pembentukan generasi masa hadapan.

YB Ahli Parlimen Pekan memberi ucapan perasmian

Menurut Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali, anak-anak ini ibarat kain putih yang harus kita semua warnakan namun kita selaku ibu bapa dan tenaga pengajar mestilah mewarnai mereka dengan warna yang positif agar mereka membesar menjadi insan yang terbaik.

Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Hari Potensi Kanak-kanak Parlimen Pekan 2024 di Dewan Terbuka SMK Sultan Ahmad Pekan, semalam.

Beliau juga mengingatkan ibu bapa supaya peka kepada perkembangan semasa anak-anak.

Pertandingan bola jaring antara tadika Kemas sempena Hari Potensi Kanak-kanak Parlimen Pekan 2024

“Kemajuan dunia siber boleh merosakkan pemikiran anak-anak jika ibu bapa gagal mengawalnya,” ujarnya.

Turut hadir wakil Pengarah KEMAS Pahang, Pegawai KEMAS Daerah Pekan dan Pengetua SMK Sultan Ahmad selaku tuan rumah program.

-AA-

Tinggalkan komen anda