
Laporan/foto: Halimah Abd Ghani/ Nor Haliza Ridzuan (Seberang Perai Tengah)
BUKIT MERTAJAM, 1 Jun (Malaysiaaktif) – Lembaga Pertubuhan Peladang mengambil inisiatif menganjurkan Program Jualan AgroMadani di perkarangan Pejabat Pertubuhan Peladang Bukit Mertajam kelmarin bagi membantu rakyat untuk berbelanja dengan lebih berhemah.

Jualan AgroMadani kelolaan Lembaga Pertubuhan Peladang menawarkan barang keperluan harian dengan harga yang rendah kepada rakyat.
Program ini bertujuan untuk menyediakan barangan keperluan dengan harga yang jauh lebih rendah daripada pasaran.
Pelbagai barangan asas seperti beras, gula, minyak masak bersubsidi, telur, daging tempatan dan ayam turut dijual.
Rata-rata pengunjung tidak melepaskan peluang ini dan sangat berpuas hati dengan tawaran harga yang diberikan di Jualan AgroMadani.

Daging tempatan antara hasil jualan yang mendapat sambutan daripada pengunjung.
Seorang pengunjung Rahani Othman, 58, berkata jualan seperti ini wajar diadakan lebih kerap bagi membantu rakyat berpendapatan rendah.
“Jualan AgroMadani ini sangat dinanti kerana rakyat berpeluang membeli barangan keperluan dengan harga murah dan saya berharap agar jualan seperti ini diadakan lebih kerap lagi,” ujarnya.
-ZS-