Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Program BUDI MADANI Disambut Baik Penduduk Kampung Alor Ganu

By 2 Jun 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Farzliana Abdul Ghaffar/Dayang Siti Nurzuhairah Abang Ahmad Zaini (Bachok)

BACHOK, 2 Jun (Malaysiaaktif) – Pengumuman pelaksanaan Program Bantuan Subsidi MADANI (BUDI MADANI) Mei lalu mendapat sambutan baik oleh seluruh penduduk Kampung Alor Ganu yang merupakan petani dan pekebun kecil komoditi.

Alias Deraman selaku Pengerusi Komuniti Madani Daerah Bachok menyatakan rasa sukacita penduduk Kampung Alor Ganu berkenaan Program BUDI MADANI terutama BUDI Agri- Komoditi

Menurut Pengerusi Komuniti MADANI Alor Ganu, Alias Deraman, sektor pertanian, perikanan dan penternakan merupakan penyumbang utama pekerjaan penduduk di jajahan Bachok termasuk di Kampung Alor Ganu.

“Program BUDI MADANI melalui BUDI Agri-Komoditi mampu membantu meringankan beban petani, pekebun kecil dan peternak di kampung ini.

“Menerusi program penyasaran semula subsidi diesel ini, meskipun kos penggunaan bahan api ditanggung mereka lebih tinggi, sekurang-kurangnya inisiatif ini dapat membantu kelompok sasar yang menggunakan diesel,” katanya.

Manakala Pegawai Pertanian Daerah Bachok, Nadea Mohamed Nordin menyeru semua petani, pekebun kecil dan perternak di daerah Bachok untuk memohon dan merebut bantuan yang diberikan dan tidak melepaskan peluang yang ada.

Jika sebelum ini ramai yang tidak mahu merebut peluang untuk mendapatkan bantuan pelbagai oleh kerajaan, diharap permulaan inisiatif BUDI MADANI ini akan memberi pendedahan kepada yang memerlukan.

Penerangan berkenaan Program BUDI MADANI bersama Pegawai Pertanian Daerah Bachok, Nadea Mohamed Nordin

Bermula 28 Mei 2024, pemilik kenderaan diesel persendirian bagi individu, petani kecil dan pekebun kecil komoditi daripada golongan B40 dan M40 di Semenanjung layak memohon sumbangan tunai RM200 sebulan yang dibuka sepanjang tahun serta terhad secara dalam talian.

Pemilik kenderaan diesel persendirian berdasarkan kriteria kelayakan tertentu boleh membuat permohonan di bawah kategori BUDI Individu sementara petani kecil dan pekebun kecil boleh memohon di bawah kategori BUDI Agri-Komoditi.

-AA-

Tinggalkan komen anda