
Laporan/foto: Nur Haziqah Zainon/Nur Amielia Zulkifli (Kerian)
PARIT BUNTAR, 6 Jun (Malaysiaaktif) – Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) Sepakat anjuran bersama Pejabat Penerangan Daerah Kerian dan Komuniti Madani Titi Serong C, di sini kelmarin mendapat sokongan padu khususnya daripada golongan warga emas.

Pertandingan mengupas nanas antara yang menjadi tarikan program ini.
Wakil Pejabat Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, Profesor Dr Badrul Hisham Abu Bakar, berkata program bersama rakyat ini amat digalakkan bagi memupuk semangat berteraskan konsep Malaysia Madani dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.
“Pertandingan permainan santai seperti mengupas buah nanas dan pertandingan kapal terbang kertas misalnya disertai oleh rakyat pelbagai kaum tidak mengira peringkat umur.

Peserta permainan kapal terbang kertas.
“Bersesuaian dengan rukun Malaysia Madani yang pertama iaitu ‘Kemampanan’ membawa maksud saling menghormati dan mengasihi sesama manusia serta alam sekitar termasuk haiwan dan tumbuhan, rukun ini dapat diterapkan melalui program sebegini bagi mengeratkan ukhuwah masyarakat,” katanya.
-ZS-