Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Projek Inovasi Meja Sisi Katil Terpilih Juara Pertandingan Inovasi Bahan Kitar Semula

By 28 Jun 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azrul Azham (Jerantut)

JERANTUT, 28 JUN (Malaysiaaktif) – SMK Padang Saujana dinobat sebagai pemenang Pertandingan Inovasi Bahan Kitar Semula sempena Program Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Karnival “Kas Nak Sihat” Peringkat Daerah Jerantut 2024 anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Jerantut di sini, kelmarin.

Adik Leong Xin Yie, Sherry Woh Soong Lyn dan Patricia Low Xin Yan

Bagi Leong Xin Yie, Sherry Woh Soong Lyn dan Patricia Low Xin Yan yang masing-masing berusia 16 tahun, mereka bertiga bersama-sama merangka idea untuk menghasilkan barangan dari bahan kitar semula ini dengan dibimbing oleh guru mereka.

Dengan memberi nama “Meja Sisi Katil”, projek ini merupakan projek inovasi menggunakan bahan kitar semula yang berfungsi sebagai meja yang akan diletakkan di sisi katil yang mana boleh memberi kelegaan kepada pengguna.

“Saya dan kawan-kawan amat gembira dengan kemenangan ini dan kami berharap dapat meneruskan projek ini di peringkat yang lebih tinggi dan menjadikan produk ini lebih baik,” menurut adik Leong Xin Yie.

ANMS bertujuan menjadikan rakyat Malaysia sihat sejahtera melalui pembudayaan hidup sihat dan kelestarian persekitaran yang menyokong kehidupan yang sihat.

Antara pengunjung yang menjalani pemeriksaan kesihatan

Program yang dirasmikan oleh wakil Penyelaras Dewan Undangan Negeri Pulau Tawar ini telah dihadiri seramai 1000 pengunjung dan terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti saringan kesihatan dan kecergasan, pameran kesihatan, pemeriksaan gigi, “Trash to Cash” dari SWCorp, “Wellness on Wheel” (WOW) Truck, Klinik Berhenti Merokok, zon permainan interaktif dan banyak lagi.

-AA-

Tinggalkan komen anda