Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Putrajaya Park’s Day Mengimbau Zaman Dulu-Dulu

By 24 Jun 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Parameswary Lekshmnan/PPj (Kuala Lumpur)

PUTRAJAYA, 24 Jun (Malaysiaaktif) – Putrajaya Park’s Day 2024 (PPD2024) di Taman Warisan Pertanian, Presint 16 membawa kelainan dengan mengetengahkan tema ‘Mengimbau Zaman Dulu-Dulu’ yang menampilkan suasana desa di bandar dengan pelbagai aktiviti yang menarik buat para pengunjung sepanjang hujung minggu, semalam.

Antara aktiviti yang menggamit nostalgia zaman dulu-dulu

Antara aktiviti mengembalikan nostalgia yang disediakan termasuk menangkap belut di dalam sawah bendang, menanam padi, permainan tradisional, aktiviti mengacau dodol, bengkel gubahan bunga, canting batik, pembuatan tanjak, pertunjukan wayang kulit selain pertandingan mengail tradisional menggunakan joran buluh dan selain larian ‘She Run’ sejauh 5km berkonsepkan larian santai memakai pakaian tradisional.

Selain itu, turut menjadi tarikan PPD pada kali ini adalah Buffet Buah-Buahan yang membolehkan para pengunjung menikmati buah-buahan tempatan dengan bayaran RM10 bagi dewasa dan RM7 bagi kanak-kanak.

Bufet makan buah-buahan tempatan pada harga yang murah

Program anjuran kali ketiga oleh Perbadanan Putrajaya itu mempromosikan keunikan dan kepelbagaian 12 taman awam yang terdapat di Putrajaya, sekali gus menjadikannya sebagai tarikan dalam kalangan pelancong domestik dan antarabangsa.

Lokasi penganjurannya di Taman Warisan Pertanian berkonsepkan Agro Tourism itu memelihara warisan pertanian Malaysia dengan menawarkan keunikan dusun dalam bandar.

Majlis perasmian PPD2024 telah disempurnakan oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail semalam.

-AA-

Tinggalkan komen anda