Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Rakyat Disaran Mempraktikkan Teras Malaysia Madani

By 11 jam yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norhazliza Mod Din/Noor Haswan Noor Azman

GUA MUSANG, 29 Jun (Malaysiaaktif) – Rakyat disaran untuk mempraktikkan kesemua teras strategik yang ditekankan dalam pelaksanaan ikhtiar secara bersepadu dan holistik gagasan Malaysia Madani.

Menurut Ustaz Rosli Husin, enam teras yang ditekankan dalam Malaysia Madani oleh Perdana Menteri Malaysia sudah ada dalam masyarakat sejak zaman Nabi Muhammad SAW.

Mohamad Nawi Awang (kiri).

“Kita seharusnya mempraktikan teras ini bagi mendapatkan kesejahteraan dunia dan akhirat,” katanya.

Ustaz Aziz Yahya yang merupakan panel radio Kelantan FM pula menekankan keadilan adalah yang paling penting dalam membentuk negara Madani.

“Rakyat juga harus mempunyai kefahaman tentang dasar yang disampaikan oleh kerajaan,” katanya.

Hampir 200 orang peserta yang terdiri daripada ahli-ahli komuniti MADANI, Veteran Angkatan Tentera dan pelajar sekolah dari Sekolah Menengah Sains Gua Musang hadir.

Mereka berkata demikian dalam Forum Kita Madani yang diadakan sempena Karnival Kita Madani Peringkat Negeri Kelantan di Dataran Kesedar Putera, di sini kelmarin.

Forum tersebut turut menampilkan Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Kelantan Mahadi Awang sebagai moderator.

Salah seorang peserta yang hadir Mohamad Nawi Awang, 53, berkata program seumpama ini amat baik bagi memberi pendedahan secara meluas berkaitan Malaysia Madani.

“Saya berharap pihak jabatan kerajaan dapat mengadakan program ini lagi,” katanya.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Galas Haji Syahbuddin Hashim.

-ZS-

Tinggalkan komen anda