Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Rapatkan Ukhwah melalui Sukan Rakyat

By 16 Jun 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Abd Muiz (Cameron Highlands)

CAMERON HIGHLANDS, 17 Jun (Malaysiaaktif) – Sukan rakyat yang dianjurkan oleh Komuniti MADANI Kampung Kuala Boh di sini semalam dapat mengeratkan ukhwah antara penduduk tanpa mengira lapisan usia.

Lafaz Ikrar oleh penduduk Kampung Orang Asli Kuala Boh.

Menurut Tok Batin Kampung Orang Asli Kampung Kuala Boh Masenan Nordin sukan rakyat juga menjadi asbab untuk kita meningkatkan perpaduan masyarakat.

“Pelbagai program telah dirancang bersama Komuniti MADANI di sini bagi memperkasakan sistem penyaluran maklumat hingga ke akar umbi kepada masyarakat,” ujarnya.

“Acara sebegini bagus dalam merapatkan hubungan dengan penduduk kampung di samping kita dapat kenang kembali pengalaman bermain sewaktu kecil dahulu,” ujarnya ketika ditemui Malaysia Aktif.

Sukaneka dapat membentuk masyarakat yang bermuafakat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda