Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Shahman Dilantik Yang Di-Pertua MPS

By 6 Jun 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

SELAYANG, 6 Jun (Malaysiaaktif) – Bekas Pegawai Daerah Klang Shahman Jalaludin mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Selayang (MPS) yang baharu.

Shahman, 45, mengisi jawatan ditinggalkan Datuk Mohd Yazid Sairi yang dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Pengurusan) pada 1 Mac 2024 lalu.

Bahagian Perhubungan Awam MPS dalam satu kenyataan memaklumkan Majlis Lafaz Akuan Terima Jawatan telah diadakan di hadapan Timbalan YDP, Adi Faizal Ahmad Tarmizi, Ahli-ahli Majlis dan pengarah-pengarah jabatan semalam.

Shahman bergambar bersama pengurusan tertinggi MPS dan Ahli-ahli Majlis selepas Majlis Lafaz Akuan Terima Jawatan.

Kenyataan tersebut juga turut menyatakan Shahman merupakan Pegawai Tadbir dan Diplomatik berkelulusan Sarjana Sains Sosial – Analisa Strategi dan Keselamatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia serta memiliki Ijazah Sains Komputer (Rangkaian) dan Diploma Sains Komputer.

“Beliau menyertai perkhidmatan awam sejak tahun 2003 mempunyai pengalaman luas dan pernah bertugas di beberapa kementerian dan agensi kerajaan, antaranya sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan, Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) pada tahun 2021 dan Pegawai Daerah Klang pada tahun 2022 hingga 3 Jun 2024.

“Warga MPS mengucapkan tahniah dan selamat bertugas kepada Shahman Jalaludin dan berharap dengan pengalaman beliau miliki dapat membantu MPS menjadi sebuah PBT yang cemerlang di Negeri Selangor,” kata kenyataan itu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda