Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Silat Diponegoro Juara Silat Belia Melayu di Alam Nusantara

By 25 Jun 2024Jun 26th, 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nooremmyza Rawat

SEPANG, 25 Jun (Malaysiaaktif) – Silat Diponegoro dinobatkan sebagai juara Pertandingan Silat Belia Melayu di Alam Nusantara anjuran Komuniti Madani Kampung Endah yang berlangsung di Dewan Jubli Emas, Kampung Endah, di sini kelmarin.

Sesi penyampaian hadiah kepada perguruan Silat Diponegoro Batu 9 Kebun Baru yang menjadi johan.

Menurut Guru Persilatan Penguruan Diponegoro, Haliman Haron beliau tidak menyangka akan memenangi pertandingan kerana semua peserta memberikan saingan yang sengit dan mempunyai kekuatan dan kelebihan masing-masing.

“Alhamdulilah kejayaan hari ini merupakan hasil latihan yang berterusan dan komitmen dari semua pesilat yang berlatih bersungguh-sungguh sehingga dinobatkan sebagai juara pada hari ini,” katanya.

Menurut Ketua Komuniti MADANI Kampung Endah, Pairos Samudin sebanyak lima perguruan silat yang menyertai pertandingan kali ini iaitu Silat Pusaka Warisan Kampung Endah, Silat Sin Ju Do Kampung Tanjung Sepat, Silat Cimande Kampung Sungai Lang Tengah, Silat Penguruan Diponegoro Batu 9 Kebun Baru dan Silat Harimau Rimba Batu 10 Kebun Baru.

Sesi bergambar bersama peserta-peserta pertandingan silat.

“Saya gembira apabila ramai golongan belia menunjukkan minat untuk mendalami seni silat, selain dapat membentuk disiplin dan jati diri golongan muda dan ia merupakan seni warisan Melayu yang tidak akan pernah pupus ditelan zaman,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah pertandingan silat.

Pertandingan silat ini menawarkan hadiah utama berupa wang tunai sebanyak RM600 diikuti tempat kedua RM300 dan ketiga RM100.

-ZS-

Tinggalkan komen anda