Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

Subsidi Bersasar Benteras Ketirisan, Tingkat Penjimatan Kewangan Negara

By 27 Jun 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan

MELAKA, 27 Jun (Malaysiaaktif) – Pelaksanaan subsidi bersasar diesel yang dilaksanakan kerajaan awal bulan ini telah mendapat pelbagai reaksi masyarakat.

Lantaran itu, program bantuan subsidi MADANI atau BUDI MADANI dilaksanakan bagi memastikan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak dan mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi rakyat.

Borhan Maaras berharap ketirisan subsidi yang berlaku selama ini dapat dibenteras sepenuhnya.

Menurut Aktivis Belia Muhammad Zulaqmar Zainudin, 32, pendekatan ini harus dilihat dari segi positif kerana jumlah subsidi besar bahan api yang dibelanjakan kerajaan akhirnya membantutkan usaha pembangunan negara seperti pembinaan sekolah, hospital, bantuan golongan miskin, biasiswa pelajar cemerlang dan banyak lagi keperluan yang perlu dibangunkan terutama kepada penduduk di luar bandar.

“Rakyat sebenarnya faham isu ini namun yang membuat rakyat sedikit tidak puas hati adalah janji-janji manis yang dilemparkan oleh segelintir ahli politik ketika kempen pilihan raya sebelum ini,” ujarnya.

Perniaga Borhan Maaras, 68, berkata subsidi bersasar ini penting bagi memastikan aktiviti penyeludupan dan ketirisan dapat dibendung secara menyeluruh.

Muhammad Zulaqmar mahu perjimatan subsidi diesel dibelanjakan untuk pembangunan bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Katanya, setiap tahun kerajaan mengalami kerugian lebih RM4 billion disebabkan aktiviti penyeludupan sedangkan wang tersebut boleh disalurkan ke dalam sektor kritikal yang akan meningkatkan kualiti hidup rakyat.

“Kerajaan telah sediakan Program BUDI MADANI dengan bantuan RM200 sebulan untuk kenderaan individu serta ‘fleet card’ kepada syarikat-syarikat pengangkutan.

“Kepada petani serta pekebun kecil ada bantuan BUDI Agri-Komoditi agar kesan harga diesel dapat diserap dan harga barangan tidak naik secara mendadak,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda