Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Taklimat MAPO Tingkat Kesedaran Komuniti

By 3 hari yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hasbella Hasim/Aniss Rahin (Perak Tengah)

SERI ISKANDAR, 29 Jun (Malaysiaaktif) – Program Taklimat Isu Semasa Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (MAPO) Peringkat Daerah Perak Tengah nyata meningkatkan kesedaran komuniti setempat bahawa isu ini bukan saja melibatkan jual beli manusia bahkan merangkumi skop yang lebih besar.

Taklimat tersebut disampaikan oleh pegawai dari Bahagian Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah Sarjan Mejar Logeswaran Ramayah di Bilik Mesyuarat Pejabat Penerangan Daerah Perak Tengah, di sini kelmarin.

Sarjan Mejar Logeswaran (satu dari kiri).

Peserta dari Komuniti MADANI Kampung Gajah, Rosni Harun, 69, berkata taklimat seumpama ini harus dilakukan secara lebih meluas kerana isu pemerdangan orang melibatkan banyak pihak sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

“Kita akan lebih cakna dan tahu saluran yang betul untuk membuat aduan sekiranya kes seumpama ini berlaku dalam komuniti kita,” ujarnya.

Bagi ahli Komuniti MADANI Mukim Belanja Kiri Hasrimah Hassan, 48, pula berkata adalah menjadi tanggungjawabnya untuk menyampaikan kembali kepada rakan-rakan, ahli keluarga dan penduduk di komuniti selepas mendapat penerangan yang jelas mengenai taklimat tersebut.

“Kita sebagai komuniti harus berganding bahu mencegah kegiatan tersebut demi kesejahteraan bersama,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Perak Hasan Ashaari Abu Bakar, ketika ditemui berkata JaPen telah menganjurkan taklimat berkaitan isu ini selama lima tahun agar masyarakat lebih cakna dan dapat bersama-sama menanganinya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda