Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Tren Diesel Multiple Unit (DMU) Tawar Keselesaan Buat Pengguna Pantai Timur

By 2 Jun 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norhayati Shamsu Anuar (Gua Musang)

GUA MUSANG, 2 Jun (Malaysiaaktif) – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah memperkenalkan Diesel Multiple Unit (DMU) atau Unit Berganda Diesel khusus untuk menggantikan tren diesel konvensional Keretapi Tanah Melayu (KTM).

Penggantian lokomotif dan koc penumpang Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang lama kepada tren Diesel Multiple Unit (DMU) itu adalah untuk laluan rel KTM AntaraBandar Pantai Timur menerusi laluan Tumpat dan Kuala Lipis.

Nazuadi Daud, sedang memeriksa tiket

Menurut Penyelia Tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Nazuadi Daud, 46, berkata, KTMB telah melancarkan tren KTM Kelas 61 unit berganda diesel (DMU) untuk laluan pantai timur antara Kelantan dan Pahang.

“Pihak KTMB sentiasa mencuba untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dan selesa kepada pengguna terutama kepada mereka yang menggunakan KTM sebagai medium pengangkutan harian untuk bekerja.

“DMU mampu mengurangkan masa perjalanan kerana kelajuannya 100km/j berbanding tren konvensional, oleh itu pengguna akan lebih selesa untuk berulang alik ke tempat kerja merentas negeri,” tambahnya.

Menurut salah seorang pengguna DMU, Ardilla Razif, 30 berkata beliau menggunakan perkhidmatan ini sejak 2 tahun lalu kerana berkerja di Dabong.

Kafeteria di dalam DMU

“Saya akan naik DMU di Wakaf Baharu pada jam 4.30 pagi dan tiba di Dabong pada pukul 7.20 minit. Perjalanan menaiki DMU sangat selesa kerana di dalam koc DMU ada disediakan surau dan kafeteria.

“Saya amat berterima kasih kepada kerajaan yang amat prihatin dengan menaiktaraf kemudahan pengangkutan awam terutamanya perkhidmatan keretapi di kawasan Pantai Timur,” katanya.

-AA-

Tinggalkan komen anda