
Laporan/foto: Syahirah Hashim/Hizami Hanip (Petaling)
PETALING JAYA, 28 Jun (Malaysiaaktif) – Pelan Induk Selangor Creative Cities Network (SCCN) bakal diwujudkan bagi mengukuhkan kerjasama antara bandar-bandar di Selangor dalam membangun pembangunan bandar yang mampan berasaskan kreativiti dan industri kebudayaan.

Ucapan perasmian oleh YB Anfaal Saari, EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat
“SCCN akan menjadi platform utama untuk membangunkan ekosistem bandar kreatif yang mampan dalam sektor seni dan budaya selaras dengan objektif UNESCO,” demikian menurut Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohammad Zahri Samingon ketika berucap semasa Persidangan Bandar Kreatif Selangor di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini, semalam.
“Tujuh bidang kreatif utama diberikan tumpuan pada persidangan kali ini antaranya Industri Kreatif Sastera, Industri Kreatif dan Seni, Industri Kreatif Muzik, Industri Kreatif Filem, Industri Kreatif Gastronomi, Industri Kreatif Seni Media Rakyat dan Industri Reka Bentuk,” katanya.
Persidangan ini dirasmikan oleh Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat, Anfal Saari yang dihadiri lebih 70 pemain industri kreatif di sekitar negeri Selangor.

Turut diadakan pameran kreatif dan seni rakyat
Turut memberikan ucaptama dalam persidangan tersebut ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) merangkap Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, Datuk Johary Anuar.
-AA-