
Laporan/foto: Syamimi Aaizag Ibrahim (Pendang)
PENDANG, 27 Jul (Malaysiaaktif) – Pejabat Belia dan Sukan daerah Pendang dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) daerah Pendang dan Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) daerah Pendang telah menganjurkan program Sambutan Awal Muharam di sini, hari ini.
Program yang bermula seawal 8.00 pagi ini telah dihadiri lebih kurang 500 orang pengunjung yang ingin mendapatkan perkhidmatan rawatan mata secara percuma, pemeriksaan kesihatan serta menyertai pelbagai acara sukaneka yang diadakan seperti pertandingan mewarna kanak-kanak, memanah, boling kelapa, sepak penalti dan sebagainya.

Majlis perasmian yang disempurnakan oleh Penghulu Mukim Padang Kerbau, Haslimi Saidin
Menurut Pengerusi MBFM daerah Pendang, Azhar Abdul Ghani ketika ditemui berkata, acara kemuncak bagi program Sambutan Awal Muharam yang diadakan pada hari ini adalah pertandingan menyediakan 10 kawah bubur asyura.
“Pada sambutan kali ini, kami menyediakan pelbagai aktiviti termasuk acara sukaneka untuk menarik lebih ramai penyertaan daripada masyarakat pelbagai lapisan umur dan alhamdulillah sambutan sangat memberangsangkan,” ujarnya.
Majlis perasmian penutup yang diadakan pada 12.00 tengahari tadi telah disempurnakan oleh Penghulu Mukim Padang Kerbau, Haslimi Saidin.
-AA-