Skip to main content
Berita Tempatan

13 Keluarga B40 Terima Sumbangan Cermin Mata

By 22 Julai 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohammad Rasuli (Bagan Datuk)/Pejabat Penerangan Bagan Datuk

HUTAN MELINTANG, 22 Jul (Malaysiaaktif) – Penyerahan sumbangan cermin mata kepada 13 buah keluarga dari golongan B40 sempena Program Jiwa@Merdeka Peringkat Dewan Undangan Negeri Hutan Melintang, di sini pada Sabtu diharap dapat membantu meringankan beban penerima.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wasanthee Sinnasamy, berkata sumbangan cermin mata yang dilaksanakan oleh pihaknya dibuat atas dasar keprihatinan kepada golongan yang memerlukan.

Thosini Satimorty gembira menerima cermin mata baru.

“Kesemua 13 buah keluarga yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur telah hadir ke pejabat kami dan memohon bantuan untuk pembelian cermin mata kerana faktor kurang berkemampuan.

“Setelah menilai pembelian harga cermin mata tersebut yang kosnya mencecah hingga ribuan ringgit, maka kami di Pejabat Pusat Khidmat ADUN Hutan Melintang bersedia untuk membantu,” katanya.

Beliau berharap inisiatif ini menjadi motivasi kepada kanak-kanak untuk belajar dengan lebih rajin selain meningkatkan tahap keselamatan warga emas kerana sudah mampu melihat dengan lebih jelas.

Antara peserta yang hadir ke program ini.

Sementara itu, penerima Thosini Satimorty, 8, meluahkan rasa syukur, teruja dan berterima kasih atas sumbangan yang diterima.

“Saya berasa amat gembira kerana dapat memakai cermin mata baru,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda