
Laporan/foto: Parameswary Lekshmnan (Kuala Lumpur)/Polis Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR, 17 Jul (Malaysiaaktif) – Sebanyak 14 laluan dan jalan sekitar ibu kota akan ditutup secara berperingkat sempena upacara Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada Sabtu ini.
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPT KL) akan menempatkan seramai 387 anggotanya pada hari itu bagi penugasan mengiringi orang kenamaan, mengawal lalu lintas dan menguatkuasakan undang-undang jalan raya.
“Jalan terlibat adalah Jalan Tun Razak, Jalan Kia Peng, Jalan Raja Chulan, Jalan Ampang, Jalan Sultan Ismail, Lebuhraya Sultan Iskandar, Jalan Tuanku Abdul Halim, Jalan Semantan, Jalan Damansara, Jalan Istana, Kuala Lumpur-Seremban Expressway, Jalan Kuching (arah selatan), Bulatan Dato Onn dan Jalan Parlimen.
“Jalan-jalan yang terkesan ini akan ditutup sementara bermula 8.00 pagi bagi acara Istiadat Pertabalan dan 8.00 malam bagi Majlis Santapan Diraja,” katanya dalam kenyataan kelmarin.
Beliau menasihati pengguna jalan raya untuk tidak melalui laluan-laluan yang terlibat bagi mengelak kesesakan lalu lintas dan mengikuti arahan anggota polis trafik yang bertugas di lokasi.
Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur menerusi talian 03-2115 9999 atau Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee 03-2071 9999 atau Hotline JSPT KL 03-2026 0267/69 atau mana-mana balai polis berhampiran.
-ZS-