Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

250 Penduduk Sertai Pertandingan Memancing di Tali Air

By 16 Julai 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Farah Shaherza Aimi/Rohani Mohd Saad (Kuantan)

Cik Kazidi ketika menyampaikan ucapan.

KUANTAN, 16 Jul (Malaysiaaktif) – Seramai 250 penduduk tempatan menyertai pertandingan memancing di tali air yang dianjurkan sempena Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) Komuniti MADANI Inderapura, di sini kelmarin.

Salah seorang pengunjung yang turut hadir memeriahkan pertandingan tersebut Ahmad Suhailim Mat Piah, 47, berkata selain aktiviti ini adalah hobi ia juga dapat merapatkan silaturahim antara peserta.

“Aktiviti ini juga boleh menambahkan kenalan kita di samping ikatan silaturahim yang terhasil melalui memancing ini boleh diperolehi melalui kenalan-kenalan kaki pancing yang mempunyai minat yang sama.

Juri merasa masakan ikan patin yang dipertandingkan.

“Program seperti ini amat bagus dilaksanakan kerana ianya dapat mengeratkan lagi ukhuwah antara penduduk kampung dan komuniti setempat,” katanya.

Program anjuran Komuniti MADANI Inderapura dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Kuantan ini turut dimeriahkan dengan pertandingan memasak ikan patin dan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak telah dirasmikan oleh Pengarah Penerangan Negeri Pahang Cik Kazidi Mohd Zainuddin.

Turut hadir Pegawai Penerangan Daerah Kuantan Nora’in Ibrahim.

Tinggalkan komen anda