Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

300 Pelajar DUN Asahan Terima Bantuan Persekolahan

By 18 Julai 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nur Farhana Azman/FB Fairul Nizam Roslan (Jasin)

ASAHAN, 18 Jul (Malaysiaaktif) – Seramai 300 orang pelajar tingkatan lima daripada keluarga berpendapatan rendah menerima sumbangan bantuan persekolahan di Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan Yayasan Bank Rakyat bertempat di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Selandar, di sini, semalam.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Negeri Melaka merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan, Fairul Nizam Roslan, sumbangan ini melibatkan empat buah sekolah menengah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) ini dan sebuah sekolah dalam DUN Rim.

“Sekolah yang terlibat adalah Sekolah Menengah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Selandar, Sekolah Menengah Arab JAIM Assyakirin, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nyalas, SMK Selandar manakala SMK Simpang Bekoh dalam DUN Rim dijadikan sekolah angkat DUN Asahan kerana 80 peratus daripada pelajarnya tinggal dalam DUN Asahan.

Penyampaian sumbangan kepada para pelajar

“Program bantuan ini mensasarkan para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi sesi persekolahan tahun ini. Setinggi – tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Yayasan Bank Rakyat atas bantuan sumbangan. Diharapkan dapat membantu meringankan beban ibu bapa disamping dapat memberikan semangat kepada anak-anak ini untuk menghadapi peperiksaan,” ujarnya.

-AA-

Tinggalkan komen anda