Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Affiliate Tiktok Bantu Jana Pendapatan Isi Rumah

By 29 Julai 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Anuar Che Amat

KANGAR, 29 Jul (Malaysiaaktif) – Sempena dengan Pesta Buku Perlis dan Karnival Pembaca 2024 yang  berlangsung di Perpustakaan Awam Negeri Perlis, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rancangan Perumahan Awam (RPA) Arau telah menganjurkan bengkel ‘Asas Menjana Pendapatan dengan Affiliate Tiktok’.

Faeza memberi penerangan dan cara tunjuk ajar kepada para peserta bengkel.

Menurut Pengurus NADI RPA Arau Faeza Latif, berkata objektif program ini bertujuan untuk berkongsi ilmu kepada peserta ‘Bengkel Bagaimana Untuk Menjana Pendapatan Pasif Melalui Affiliate’.

“Pada hari ini seramai 15 orang yang terdiri dari pelbagai lapisan umur telah menyertai bengkel yang di adakan selama lima jam ini,” ujarnya, di sini semalam.

Tambah Faeza lagi, kebanyakan mereka antara yang baharu memulakan perniagaan dan ada juga yang telah mempunyai produk sendiri dan ingin mencuba cabang baharu dalam kaedah pemasaran.

Para peserta sedang mencuba kaedah pemasaran produk secara dalam talian.

“Pada hari ini, kami di NADI RPA Arau akan membimbing atau menerangkan kepada mereka kaedah pemasaran di dalam talian supaya hasil produk mereka lebih dikenali.

“Pada masa akan datang NADI RPA Arau akan berkerjasama dengan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Perlis menganjurkan Program Advokasi Keselamatan Internet Dari NADI Program Advokasi Kafeteen  Bertempat di NADI RPA Arau,” jelasnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda