
Laporan/foto: Radiah Rahim/Zayana Isa (Pahang)
ROMPIN, 28 Jul (Malaysiaaktif) – Anak muda di Felda Keratong 3 berkesempatan mempelajari resepi bubur Asyura yang merupakan resepi turun-temurun bagi kalangan penduduk di sini.
Nurul Adriana Nurhaliza Roswadi,21, berkata ini adalah pertama kali beliau mempelajari resepi bubur Aasyura ini.

Nurul Adriana (berbaju hijau) bergambar dengan ahli kumpulannya.
“Ini juga merupakan pengalaman pertama saya memasak bubur asyura dan sekali gus dapat mempelajari resepi turun-temurun penduduk di sini,” ujarnya.
Nurul Adriana yang ditemui semalam sewaktu menyertai Pertandingan Mengacau Bubur Asyura sempena Program JIWA Komuniti MADANI turut berharap agar aktvitii ini dapat diteruskan oleh golongan muda.
Idea pertandingan ini telah dicetuskan oleh Pengurus Felda Keratong 3 bersama penduduk setempat bagi menyambut peserta konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2024 Negeri Pahang.

Mastura (kanan) bersama sahabatnya.
Menurut Mastura Abd Kadir, 53, acara mengacau bubur Asyura ini menjadi kelaziman bagi penduduk di sini setiap tahun kerana ianya dapat mengeratkan tali silaturahim.
“Ia dapat menggalakkan golongan remaja dan kanak-kanak datang ke sini untuk melihat konvoi KMJG ini dan menyertai aktiviti yang diadakan buat mereka,” katanya.
-ZS-