Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Bekas Anggota Al-Maunah Ingatkan Masyarakat Tidak Terjebak dalam Kumpulan Pengganas

By 22 Julai 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Saufi Ab Ghani (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 22 Jul (Malaysiaaktif) – Bekas anggota al-Maunah meminta masyarakat agar jangan mudah terpedaya dan tidak terjebak dalam kumpulan pengganas.

“Saya diajak oleh seorang rakan untuk berkursus di Bukit Jenalik, Sauk, Perak bila sampai di puncak bukit saya dapati ada senapang di sana.

Jemputan wanita yang hadir.

“Itulah pertama kali saya memegang senjata api,” katanya.

Ramli Mohamad, 70, berkata demikian dalam Forum Bicara Eksekutif Ancaman Ekstremisme Menggugat Kestabilan Negara anjuran Majlis Keselamatan Negara di Dewan Kompleks Sultan Ismail Petra, Jubli Perak, Panji, di sini semalam.

Beliau yang dijemput sebagai ahli panel eksekutif forum, turut berkongsi kisah dirinya yang dihukum penjara seumur hidup namun mendapat pengampunan dan dibebaskan awal.

Antara ahli panel forum ialah Pegawai Bahagian Cawangan Khas D8, Bukit Aman ACP Redzuan Abdul Aziz dan Pegawai Jabatan Agama Islam Daerah Machang, Dr. Nik Mohd Nizam Basir.

Antara ketua jabatan yang hadir.

“Bila saya berada dalam kumpulan tersebut saya hanya mengikut sahaja apa yang disuruh, dipengaruhi menjadi pak turut sepenuhnya.

“Jadi nasihat saya berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan ajakan rakan,” katanya.

Perasmian penutup disempurnakan oleh Pengarah Pembangunan Negeri Kelantan Jasri Kasim.

Seramai 500 peserta dari pelbagai jabatan kerajaan persekutuan, negeri dan agensi menghadiri forum tersebut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda