
Laporan/foto: Robin Junang (Sarawak)
KUCHING 30 Jul (Malaysiaaktif) – Bertepatan dengan pepatah ‘Adat disanjung budaya dijunjung’, begitulah perumpamaan yang sesuai untuk upacara pertunangan dan perkahwinan kaum Melanau Kristian dan Likou di Sarawak yang masih kekal utuh dalam memartabat budaya bangsa komuniti tersebut di daerah Mukah dan Dalat.
Sehubungan itu, telah berlangsung ‘Bengkel Adet Melanau’ anjuran Majlis Adat-Istiadat Sarawak (MAIS) yang mengupas beberapa perkara berkaitan pendaftaran, pengesahan dan penceraian dalam adat perkahwinan tempatan mengikut adat sesuatu kaum termasuk mencari resolusi untuk menyesuaikan adat kahwin Melanau dengan perkembangan dunia masa kini.

Galidas Galau salah seorang peserta yang amat bertuah kerana dapat mengikuti bengkel.
Kaum Melanau Mukah dan Dalat misalnya, masih melestari adat perkahwinan kerana ‘Adet Kawin Melanau’ mempunyai nilai estetika budaya yang sangat signifikan dalam kebudayaan kaum Melanau Kristian dan Likou.
Oleh itu, bengkel tersebut telah melaksanakan perbincangan interaktif berkenaan beberapa perkara dalam rukun kahwin Melanau bagi mencapai satu resolusi untuk dipraktikkan sesuai dengan situasi, lokasi serta perkembangan masa kini yang mana adat tersebut perlu penyesuaian.
Penolong Pegawai Penyelidik Seksyen Melanau, yang juga penceramah John Ling, 62, berkata tujuan bengkel adalah untuk membanding dan merumus beberapa penemuan atau perkara yang boleh dan tidak boleh dipraktikkan dalam amalan asal meskipun lokasi majlis tersebut jauh dari adat asal.
“Hasil daripada bengkel ini akan dianalisa dan dirumus secara lebih terperinci agar adat yang akan digunakan nanti bersesuaian dengan lokasi komuniti Melanau yang jauh dari Mukah sebagai tempat asal adat itu dipraktikkan.

John Ling memberi penjelasan dan berkongsi beberapa hasil dari bengkel-bengkel terdahulu yang dilaksanakan di Mukah, Dalat dan Miri.
“Tujuan bengkel ini juga adalah untuk jawatankuasa yang akan mengendali adat kahwin Melanau di Kuching nanti,” ujarnya kelmarin.
Menurut Lian Kaliew, 51, bengkel tersebut amat sesuai dilaksanakan oleh Antara yang turut hadir dalam bengkel tersebut Faridah Osman, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Robinson Benedict, Penolong Pegawai Penyelidik Seksyen Melanau, Majlis Adat Istiadat Melanau Sarawak, dan John Ling, penceramah dari Majlis Adat Istiadat Sarawak. bagi melestari ‘Adet kawin Melanau’ meskipun ramai generasi muda Melanau telah berkahwin campur dan berhijrah ke bandar dan tidak tinggal di dalam kawasan majoriti Melanau.
Bagi peserta bengkel, Galidas Galau, 61, bengkel tersebut telah memberi pendedahan dan pengalaman tentang terma-terma dalam adat dan membandingkan penggunaan adat yang dipraktikkan di Mukah, Miri dan Kuching.
“Bagi saya, bengkel seperti ini sangat perlu dilaksanakan lagi bagi topik-topik yang berkaitan dengan adat Melanau agar generasi Melanau dapat mengetahui kegunaan adat tersebut dalam kehidupan,” ujarnya.
Sementara itu, Pegawai Khidmat Korporat MAIS Angela Geruna, 48, yang juga penceramah, berkata beberapa kaum pribumi Sarawak telah mempunyai undang-undang bertulis dan adat resam sendiri yang telah diiktiraf tentang perkahwinan dan penceraian yang boleh diurus oleh ketua masyarakat sesuatu kaum itu sendiri.
Lebih kurang 30 peserta terdiri komuniti Melanau yang menetap dan bekerja sebagai penjawat awam, swasta dan pesara telah menyertai bengkel tersebut yang telah berlangsung dari 27-28 Julai lalu di sebuah hotel, di sini.
Antara yang turut hadir dalam bengkel tersebut Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Faridah Osman, Penolong Pegawai Penyelidik Seksyen Melanau MAIS Robinson Benedict dan penceramah dari Majlis Adat Istiadat Sarawak John Ling.
-ZS-