Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Bengkel Asas Teknologi AI Bantu Kembang Ekonomi Usahawan Kecil

By 21 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nor Emylia Lot/Shaik Mohd Fikri Shaik Ismail (Kuala Nerus)

Para Peserta mendapat ilmu baharu berkaitan Teknologi kecerdasan buatan (AI) yang mampu meningkatkan ekonomi mereka pada masa akan datang di dalam bidang keusahawan.

KUALA NERUS, 1 Jul (Malaysiaaktif) – Seramai 40 peserta daripada komuniti setempat Seberang Takir, teruja dengan ilmu baharu yang diperolehi sepanjang mengikuti bengkel Asas Teknologi kecerdasan buatan atau lebih dikenali sebagai ‘artificial intelligence’ (AI) bertempat di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), Seberang Takir, di sini kelmarin.

Tenaga Pengajar AI daripada Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Nor Afiqah Azhar, 29, berkata hubungan sinergi antara bidang keusahawan dan kecerdasan buatan, meneroka peluang baharu atas talian dalam melaksanakan teknologi ini dalam kalangan usahawan kini.

“Revolusi digital memberikan impak yang mendalam dalam semua aspek kehidupan, termasuk dalam dunia perkembangan ekonomi negara.

Aisha Nadziah, berharap bengkel seperti ini diadakan secara lebih kerap kepada semua ahli Komuniti MADANI secara keseluruhan.

“Justeru itu, NADI menyahut seruan kerajaan untuk menjadi peneraju AI dalam bidang peningkatan ekonomi khususnya kepada usahawan-usahawan kecil di negara ini,” katanya.

Peserta bengkel yang juga Ahli Jawatankuasa Komuniti MADANI Teluk Ketapang Aisha Nadziah Mohd Nadzir, 50, berkata bengkel ini merupakan satu platform inovatif untuk meneroka dan menghuraikan peranan serta potensi kecerdasan buatan dalam transformasi landskap keusahawan kecil setempat.

“Penganjuran bengkel ini memberikan makna yang besar kepada para peserta yang berminat dengan program kecerdasan buatan dan membuatkan mereka ingin meneroka lebih banyak lagi peluang dalam bidang tersebut,” katanya.

Sepanjang bengkel berkenaan, para peserta didedahkan dengan pelbagai aktiviti seperti taklimat, kuiz, amali pembangunan aplikasi dan lain-lain lagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda