Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Boling Persahabatan Mencerminkan Perpaduan

By 1 Julai 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Sazarina Mohd Noor/Norazura Abdul Latif

AMPANG, 1 Jul (Malaysiaaktif) – Program Boling Persahabatan sempena Program JIWA Komuniti MADNI Teratai telah diadakan di Ampang Superbowl@Ampang Point, di sini semalam.

Program ini bertujuan menjalinkan kerjasama di antara rakan strategik dan komuniti yang melibatkan pelbagai agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO).

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai Yew Jia Haur, aktiviti sukan boling ini dapat menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat dengan penglibatan agensi-agensi dan komuniti setempat.

“Program santai Boling Persahabatan ini merupakan satu platform merapatkan lagi kerjasama dan semangat perpaduan dikalangan rakan strategik.

“Saya berasa teruja dengan penyertaan yang menggalakkan daripada pelbagai agensi dan komuniti tempatan dalam Program JIWA Komuniti MADNI Teratai ini, semoga program-program kemasyarakatan seperti ini sentiasa mendapat sambutan dalam kalangan agensi dan komuniti,” ujarnya.

Lebih 200 orang dianggarkan hadir dalam program tersebut melibatkan 30 buah kumpulan dengan pelbagai aktiviti diadakan seperti kuiz kenegaraan, sembang santai dan ramah mesra, penyampaian sijil penghargaan, cenderamata dan hadiah pertandingan boling sempena Program JIWA Komuniti MADNI Teratai

Program ini merupakan anjuran Komuniti MADNI Teratai dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Hulu Langat dan Penggerak Belia Selangor DUN Teratai.

-ZS-

Tinggalkan komen anda