
Laporan/foto: Muhammad Naim Mohd Shaari (Jempol)
JEMPOL, 22 Jul (Malaysiaaktif) – Seramai 1,200 peserta dari pelbagai negeri mengikuti cabaran 7even Wonders Challenge: Road To Hari Sukan Negara 2024 destinasi keempat, bagi menguji ketahanan mental dan fizikal mendaki Bukit Penarikan.
Program yang merupakan produk kerajaan Negeri Sembilan itu berlangsung selama tujuh bulan bermula pada April lalu bertujuan mempromosi lokasi dan produk pelancongan setiap daerah.

Para peserta bersiap sedia untuk memulakan pendakian.
Menurut seorang peserta Linda Aziz, 38, ini adalah kali pertama beliau mendaki di Bukit Penarikan.
“Saya sangat teruja apabila berpeluang melihat awan karpet serta pemandangan yang indah.
“Saya berharap aktiviti seperti ini perlu diperluaskan lagi ke seluruh negeri supaya lebih ramai yang tahu dan pada masa yang sama menaikkan ekonomi masyarakat setempat,” katanya ketika ditemui kelmarin.
-ZS-