Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Cemerlang SPM, Mantan Pengerusi Kelab Malaysiaku Terima Anugerah Khas

By 17 Julai 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: W Shahilawati W Baharuddin (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 17 Jul (Malaysiaaktif) – Mantan Pengerusi Kelab Malaysiaku Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Chung Hwa, See Too Zhi Xiang, 18, menerima anugerah khas tokoh kepimpinan sempena program Jiwa Madani@Kelab Malaysiaku semalam.

Muhd Nor Aswadi menyampaikan anugerah khas tokoh kepimpinan Kelab Malaysiaku kepada See Too Zhi Xiang.

Beliau yang aktif dalam kegiatan kokurikulum dan menjadi Pengerusi Kelab Malaysiaku selama dua tahun mendapat keputusan cemerlang dengan meraih 10A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.

Zhi Xiang yang masih menunggu keputusan biasiswa Petronas untuk melanjutkan pelajaran masih terkejut dan terharu di atas anugerah khas tokoh kepimpinan Kelab Malaysiaku.

“Saya tidak sangka pihak Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Kelantan dengan kerjasama SMJK Chung Hwa mengadakan program ini dengan meriah.

“Saya akan merindui tugas saya sebagai Pengerusi Kelab Malaysiaku bersama rakan-rakan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah JaPen Negeri Kelantan Muhd Nor Aswadi Md. Nor, berharap supaya penghayatan Rukun Negara dihayati oleh generasi muda.

“Lima prinsip Rukun Negara bukan setakat dihafal dan dihayati, sebaliknya ia perlu dipraktikkan dalam kalangan masyarakat agar perpaduan lebih erat,” katanya ketika merasmikan program di sekolah tersebut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda