
Laporan/foto: Zurina Saad (Kuala Muda)
SUNGAI PETANI, 27 Jul (Malaysiaaktif) – Kepelbagaian kumpulan etnik minoriti yang berbeza seperti Orang Asli, Sikh, Portugis, Siam, Chetti dan lain-lain menjadikan Malaysia sebuah negara yang cukup unik di dunia.
“Terdapat lebih dari 100 etnik yang berbeza keturunan, kepercayaan, amalan, adat resam serta agama telah meletakkan Malaysia sebuah negara yang cukup unik di dunia.

Persembahan Joget Malaysia sebagai penutup tirai majlis perasmian.
“Ditambah pula dengan semangat penyatuan, persefahaman, toleransi serta kerjasama dalam kepelbagaian yang ada ini turut menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman dan harmoni,” ujar Ahli Parlimen Sungai Petani Dr. Mohamed Taufiq Johari semasa menyampaikan ucapan perasmian Karnival Penyatuan Integrasi Kaum Minoriti Malaysia Zon Utara di Mydin Taman Batik, di sini semalam.
Dr. Mohamed Taufiq turut berharap agar masyarakat tidak mudah percaya dengan fitnah sesetengah pihak untuk memburuk-buruk kerajaan yang sekali gus memusnahkan perpaduan yang dikecapi.

Orang Asli Semai turut mengadakan persembahan.
“Golongan minoriti di negara ini tidak pernah dipinggirkan malah turut mendapat pelbagai keistimewaan seperti kaum-kaum lain di Malaysia,” katanya.
Program yang berlangsung selama dua hari ini turut mengeadakan pameran serta jualan produk pelbagai etnik serta diserikan dengan persembahan kebudayaan pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India, Siam, Baba dan Nyonya dan Orang Asli.
-ZS-