Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Gelombang Komuniti MADANI Gelorakan Sambutan Bulan Kebangsaan 2024

By 29 Julai 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Anuar Che Amat

KANGAR, 29 Jul (Malaysiaaktif) – Program JIWA Komuniti MADANI Peringkat Parlimen Arau anjuran Jabatan Penerangan negeri Perlis disambut dengan semangat Bulan Kebangsaan oleh 15 buah Komuniti MADANI bagi Parlimen Arau bertempat di Terinai Lake View Cafe.

Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Perlis Rizal Mansor, berkata gelombang Komuniti MADANI akan bersama-sama menjayakan program – program JIWA MADANI@Merdeka di peringkat komuniti masing-masing sempena Bulan Kebangsaan.

Pegawai KPDN Perlis turut memberi penerangan berkenaan subsidi diesel.

“Gelombang aktiviti JIWA MADANI @Merdeka oleh 45 buah Komuniti MADANI, akan lebih menyemarakkan bahang sambutan Bulan Kebangsaan 2024 terutama di peringkat akar umbi.

“Kami menyeru agar Komuniti MADANI seluruh Perlis dapat bersama-sama kami menjayakan program di peringkat komuniti tersebut,” ujarnya ketika ucapan perasmian Program JIWA MADANI Peringkat Parlimen Arau, di sini malam tadi.

Selain itu, taklimat berkaitan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri turut disampaikan oleh Pegawai Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Perlis Mohd Fareez Amil.

Risalah edaran PERKESO turut diedar.

Seramai 150 ahli Komuniti MADANI di bawah Parlimen Arau telah hadir memeriahkan program.

Pelbagai aktiviti meraikan ahli Komuniti MADANI diadakan seperti Penyerahan Sijil kepada Pengerusi-Pengerusi Komuniti MADANI Parlimen Arau.

-ZS-

Tinggalkan komen anda