Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Generasi Alpha Tekuni Aktiviti Canting Batik di #PBP2024

By 29 Julai 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Anuar Che Amat

KANGAR, 28 Jul (Malaysiaaktif) – Keterujuan jelas terpancar kepada 12 orang kanak kanak yang menyertai bengkel mencanting batik anjuran Kolej Komuniti Arau sempena Program Pesta Buku Perlis dan Karnival Membaca 2024 Peringkat Negeri Perlis.

Dhia Keisha Irdina Shahidi, 12, yang berkongsi keterujaannya, berkata ia memberi pengalaman yang menyeronokan buat dirinya yang tidak pernah mengetahui proses batik.

Dhia Keisha Irdina bersama adiknya menunjukan hasil canting batik mereka.

“Hari ini saya datang bersama adik saya Muhammad Daniel Shafi, 8, untuk belajar teknik mencanting batik.

“Pada mulanya, saya tengok agak susah tetapi apabila mendapat tunjuk ajar daripada petugas bengkel ini, saya dan adik saya mampu menyiapkan mewarna batik di atas  kanvas (kain) mini  dalam masa yang amat singkat,” ujarnya semalam.

Menurut penyelaras bengkel Shafarizan Abd Samad, 47, Bengkel Mencanting Batik ini merupakan anjuran Unit Pendidikan Sepanjang Hayat, Kolej Komuniti Arau bertujuan untuk memberi pengetahuan mengenai teknik asas mencanting batik dan pada masa yang sama ia dapat membina kemahiran asas mewarna batik dengan teknik yang betul kepada para peserta.

Para peserta dibimbang oleh tenaga pengajar Kolej Komuniti Arau.

“Bertempat di Perpustakaan Awam Negeri Perlis, seramai dua belas peserta telah hadir di bengkel mencanting batik ini.

“Kami juga membuka bengkel kursus CANVA yang telah dihadiri seramai 16 belas orang,” katanya.

Turut diadakan bengkel DIY (Dibuat Individu dengan Yakin) sabun dobi, hiasan kek cawan dan Bengkel Solatku Ibadahku yang telah disertai seramai lima puluh orang peserta.

“Terdapat banyak lagi kursus-kursus pendek yang diadakan di Kolej Komuniti Arau dan juga di Kolej Komuniti Cawangan Kangar,” ujarnya.

-ZS-

 

Tinggalkan komen anda