
Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Syed Syamsulnizan Syed Hamzah
KANGAR, 20 Jul (Malaysiaaktif) – Bagi memastikan peristiwa bersejarah Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim turut dihayati anak Malaysia khasnya Generasi Z yang celik digital, program wayang pacak JIWA MADANI (Khas) Malaysiaku Berdaulat telah diadakan di Dewan Merpati, di sini hari ini.
“Menerusi program ini, saya melihat Generasi Z terutamanya dan begitu juga masyarakat di negeri Perlis turut bersama menyaksikan Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-17, Sultan Ibrahim, dalam keadaan dapat duduk bersama-sama.
“Bagi detik bersejarah dan lambang kedaulatan negara, hari ini kita sama-sama menyaksikan secara langsung, bagaimana proses berlakunya istiadat pertabalan Ketua Negara Malaysia dengan teknologi digital, kita berjaya mendekati Generasi Z ini,” ujar Ahli Dewan Undnagan Indera Kayangan Gan Ay Ling.
Program anjuran Jabatan Penerangan Negeri Perlis bersama Majlis Keselamatan Negeri Perlis turut disertai Komuniti MADANI serta penduduk setempat.
-ZS-