Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Hari Bersejarah Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-17

By 20 Julai 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norshahira Mohd Nasir (Kubang Kerian)

KUBANG KERIAN, 20 Jul (Malaysiaaktif) – Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-17 merupakan hari yang bersejarah dan rakyat Malaysia tidak melepaskan peluang untuk menonton istiadat ini secara langsung di Dewan Perbandaran Bandar Baru Tunjong.

Adrena Abdullah, 38 berasa teruja menyaksikan Istiadat Pertabalan YDPA Ke-17

Adrena Abdullah, 38, berasa bertuah kerana dapat menyaksikan istiadat pertabalan yang hanya diadakan lima tahun sekali.

Katanya, sebagai rakyat Malaysia, hendaklah setia dan taat kepada raja serta memberi komitmen yang tinggi untuk mempertahankan negara.

Menurut Maryam Hussin, 42, wakil ahli Komuniti Madani berkata, dia teruja melihat pemerintahan baginda yang bersifat baik dan tegas. Rakyat juga harus fahami bahawa kesetiaan kepada raja dan negara adalah tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

-AA-

Tinggalkan komen anda