
Laporan/foto: Abd Muiz/Sunito
CAMERON HIGHLANDS, 26 Jul (Malaysiaaktif) – Hari terbuka BUDI MADANI Agri-Komoditi Peringkat Cameron Highlands disambut meriah.

Afzamry ketika ditemu bual.
Menurut Pegawai Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Daerah Cameron Highlands Afzamry Nur Mohamed pelbagai perkhidmatan disediakan khusus buat masyarakat setempat.
“Antara program yang dijalankan pada hari ini (Khamis) ialah kursus pertanian percuma, pendaftaran subsidi diesel serta jualan buah-buahan bermusim oleh FAMA.
“Program sebegini dapat membantu memudahkan masyarakat setempat di samping dapat mengeratkan lagi hubungan antara agensi kerajaan dan masyarakat,” katanya, di sini semalam.

Penduduk setempat tidak melepaskan peluang menyerbu kaunter BUDI MADANI.
Turut hadir ke program anjuran bersama Pejabat Pertanian Daerah Cameron Highlands dan FAMA ini Ahli Dewan Undangan Tanah Rata Ho Chi Yang.
-ZS-