Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Hasil Pendapatan Pahang pada Tahap Membanggakan

By 6 Julai 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin (Pekan)

Doa selamat untuk pemimpin-pemimpin yang terdahulu.

PEKAN, 6 Jul (Malaysiaaktif) – Hasil pendapatan negeri Pahang yang melebihi RM1 bilion pada 2022 dan 2023 merupakan satu pencapaian yang terbaik negeri ini di bawah kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang Datuk Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff, kejayaan ini hasil kerja kuat yang bersistematik yang diamalkan oleh semua peringkat bermula dari kepimpinan negeri hinggalah ke bawah.

“Berikutan kejayaan Pahang berjaya mengaut hasil lebih RM2 bilion dalam masa dua tahun ini, pelbagai kemudahan dan bantuan dapat dikembalikan kepada rakyat.

Turut hadir Datuk Mohd Nizar Najib.

“Sebagai contoh sebanyak 400 buah rumah diberikan percuma oleh Kerajaan Pahang sepanjang pemerintahan Datuk Seri Wan Rosdy yang mana rumah tersebut yang bernilai RM75,0000 hingga RM120,000 dan ini tidak dilakukan oleh negeri-negeri lain,” ujarnya sewaktu berucap di satu majlis kesyukuran, di sini kelmarin.

Ujarnya, lebih membanggakan lagi Pahang merupakan negeri ketiga bahagia dalam Malaysia makakala bandar paling bahagia di Malaysia ialah Cameron Highlands dalam kajian mengikut Indeks Kebahagiaan Malaysia 2024 oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda