Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

HKNPNS 2024 Beri Manfaat Kepada Usahawan

By 15 Julai 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Safik Effendi Kassim

KUCHING, 15 Jul (Malaysiaaktif) – Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Sarawak (HKNPNS) 2024 memberi manfaat kepada usahawan untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan serta mengembangkan ekonomi koperasi.

Menurut Lizzie Rara, 37, dari Koperasi Seni Seramik Kenyalang Kuching Berhad (KSSKKB) HKNPNS secara tidak langsung memberi peluang kepada mereka untuk mengetengahkan pelbagai produk pembuatan seni seramik halus keluaran mereka.

Zaidi Muslimin memperagakan produk gula apong di reruainya.

“Di Sarawak, komuniti yang menghasilkan manik daripada seramik jumlahnya amat sedikit, jadi kami mahu pengunjung tahu akan kewujudan kami dalam menghasilkan produk seramik yang mempunyai nilai estatik yang tinggi.

“Kami juga ada membuka pendaftaran khusus untuk yang berminat menyertai KSSKKB dengan pelbagai program termasuk kelas pembelajaran meghasilkan seni seramik,” jelasnya kelmarin.

Sementara itu, Zaidi Muslimin, 62, dari Koperasi Apong Samarahan Berhad, mempromosikan produk-produk yang berasaskan gula apong hasil usahasama dengan Apong Research Group UNIMAS.

“Produk yang kami telah hasilkan daripada nira nipah tulen ini mengandungi mineral, vitamin dan protein.

“Buat masa ini produk kami belum lagi ada dijual dipasaran, jadi pada HKNPNS ini kami perkenalkan produk ini,” katanya.

HKNPNS 2024 dengan tema ‘Malaysia Madani Teras Kecemerlangan Koperasi’ diadakan di Pusat Beli-belah Plaza Merdeka bermula 12 hingga 14 Julai lalu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda