
Laporan/foto: Abassalimi Mohamad/Nurunnadia Abdullah
KLUANG, 26 Jul (Malaysiaaktif) – Daerah Kluang merupakan lokasi persinggahan kesebelas Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2024 hari ini sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini.
Rombongan terlebih dahulu singgah di Pekan Simpang Renggam untuk mengedarkan Jalur Gemilang kepada warga sekitar.
Walaupun hanya singgah sebentar untuk menunaikan solat Jumaat, sambutan warga sekitar sangat meriah.

Ahli Parlimen Simpang Renggam semasa gimik Pelancaran Inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang Peringkat Parlimen Simpang Renggam.
Ahli Parlimen Simpang Renggam Datuk Seri Ir. Hasni Mohamad telah menyambut ketibaan rombongan Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2024 di Kelly Pojawani. Bersempena KMJG 2024 dan melancarkan Program Inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang Peringkat Parlimen Simpang Renggam.
“Inisiatif seumpama ini merupakan satu perkara murni bagi menyemarakkan semangat sambutan Bulan Kebangsaan.
“Selain mengibarkan jalur gemilang, cara lain untuk membuktikan cinta kepada negara termasuk mengamalkan nilai-nilai murni dalam diri, tolenrasi, mendukung segala inisiatif kerajaan dan mengamalkan etika menyebarkan maklumat benar dan sahih bagi memastikan masyarakat di Simpang Renggam kekal progresif,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Komuniti MADANI Mukim Ulu Benut, Musa Marzuki, 59, berkata program seperti ini wajar diteruskan pada masa akan datang bagi menyemai semangat cintakan negara dan tanah air dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

Ketua Konvoi KMJG 2024 mengedarkan Jalur Gemilang kepada kanak-kanak yang hadir.
Rombongan KMJG 2024 kemudian bergerak ke Masjid As-Sobirin untuk menunaikan solat Jumaat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layang-Layang Abd Mutalib Abd Rahim hadir menyempurnakan pelepasan rombongan KMJG 2024 yang akan bergerak singgah di Dataran Yong Peng sebelum ke daerah Segamat.
Turut hadir Ketua Konvoi KMJG 2024 Johor merangkap Pengarah Penerangan Johor Saiful Hisham Mansor, ADUN Layang-Layang Abd Mutalib Abd Rahim dan Presiden Kelab Suzuki V-Strom Owner Kelab Malaysia Mohamad Zaidi Yahaya.
-ZS-