Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Inisiatif PUJI Strategi Atasi Kemiskinan Tegar di Wilayah Persekutuan

By 12 minit yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Parameswary Lekshmnan/JWP (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 2 Jul (Malaysiaaktif) – Inisiatif Program Usaha Jaya Insan (PUJI) kini menjadi salah satu strategi kerajaan bagi mengatasi kemiskinan tegar di Wilayah Persekutuan.

Dr. Zaliha ketika berucap merasmikan PUJI Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr. Zaliha Mustafa, program pendayaupayaan dan penjanaan pendapatan yang dilaksanakan dengan Jabatan Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) melalui inisiatif Upaya@PUJI itu merupakan ‘exit strategy’ (strategi keluar) yang dapat mengeluarkan peserta daripada kemiskinan tegar secara tuntas.

“Saya percaya bahawa kita tidak boleh lagi selama-lamanya bergantung kepada inisiatif dan bantuan kerajaan semata-mata tetapi kita perlu mengambil pendekatan lebih proaktif untuk membantu mengeluarkan diri daripada belenggu kemiskinan ini melalui kaedah pendayaupayaan mengikut kapasiti yang kita ada.

“Ini adalah antara fokus PUJI, iaitu untuk menyediakan ‘exit strategy’ kepada warga Wilayah Persekutuan yang berada dalam miskin tegar,” katanya.

Zaliha berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Perasmian PUJI Peringkat Kuala Lumpur di sebuah hotel di Kampung Baru, di sini kelmarin.

Seramai 105 orang daripada 325 Ketua Isi Rumah golongan miskin tegar di ibu kota telah disenarai pendek untuk menerima latihan keusahawanan di bawah inisiatif Program Usaha Jaya Insan (PUJI).

Program yang dilaksanakan mulai 1 Julai 2024 hingga 30 Jun 2025 itu merangkumi enam modul kemahiran iaitu asas penyediaan makanan, asas asuhan kanak-kanak, asas seni kreatif, asas dandanan rambut, asas jahitan dan sulaman serta asas pendawaian.

-ZS-

Tinggalkan komen anda