Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Institusi Diraja Lambang Keteguhan Raja Berpelembagaan

By 20 Julai 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhamad Nawawi Kasa (Kota Setar)

ALOR SETAR, 20 Jul (Malaysiaaktif) – Seluruh negara menyaksikan upacara Istidiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Simpang Kuala hari ini tidak ketinggalan mengadakan Program Jiwa Komuniti MADANI tayangan secara langsung Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 dari Balairung Seri, Istana Negara, Kuala Lumpur.

AJK Komuniti MADANI Parlimen Alor Setar.

Menurut Pengurus NADI Simpang Kuala Atifah Mohd Shukri, 33,  kolabrasi ini menjadi satu titik penyebaran maklumat yang lebih tepat di antara pemimpin Komuniti Madani setempat serta pemimpin tempatan.

“Banyak manfaat yang boleh didapati di NADI untuk rakyat,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Darulaman Teh Swee Leong, berkata setiap warganegara Malaysia perlu mempertahan dan menjunjung konsep Raja Berpelembagaan agar intitusi diraja dapat dipelihara dengan lebih baik.

Teh Swee Leong ketika ditemu rahmah RTM.

“Istiadat Pertabalan ini sesuatu yang jarang berlaku dan hanya lima tahun sekali sahaja semasa pertukaran Yang di-Pertuan Agong.

“Masyarakat secara umumnya perlu tahu istiadat ini dan inisiatif yang dilakukan Pejabat Penerangan ini memberi manfaat kepada semua kerana ia merupakan satu lembaran sejarah baharu negara.” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda