Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-17 Bawa Perubahan Kepada Negara

By 20 Julai 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Hussin bin Abdullah (Tumpat)

TUMPAT, 20 Jul (Malaysiaaktif) – Tayangan Majlis Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-17 telah diadakan di Pejabat Penerangan Daerah Tumpat dihadiri oleh ahli-ahli Komuniti Madani Daerah Tumpat.

Pelantikan Sultan Johor, Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 diharap akan terus membawa kemajuan dan keamanan di negara ini.

Rata-rata masyarakat dari segenap lapisan agama, kaum dan latar belakang percaya, pelantikan Sultan Ibrahim ini dapat memastikan nasib rakyat dan kemakmuran negara terus terbela.

Seorang bekas penjawat awam, Yusoh bin Seman, 64, juga berharap Yang di-Pertuan Agong yang baharu akan bersikap tegas dalam menasihati kerajaan baharu mentadbir negara demi memelihara keamanan dan kestabilan dalam negara, selain mengurangkan pertelagahan dalam kalangan ahli politik dan rakyat.

Seorang peniaga, Anuar bin Mohamed, 56, berkata kesetiaan dan ketaatan kepada Yang di-Pertuan Agong adalah antara elemen penting bagi memastikan kelangsungan keamanan dan perpaduan dalam sebuah negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum.

Turut hadir dalam program ini ialah pengerusi JPKKP Talak, Encik Jusoh Seman, Pengerusi JPKKP Tanjung Che Mas, Encik Mohd Syaiful Shahimi dan Pengerusi JPKKP Bendang Kerian, Encik Anuar Muhamed.

-AA-

Tinggalkan komen anda