
Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin/Al-Izdiani
PEKAN, 19 Jul (Malaysiaaktif) – Jenazah Allahyarhamah Nur Farah Kartini Abdullah, 25, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nyiur Manis, di sini petang semalam.

Salmah Abdullah, ibu Nur Farah Kartini menyiram pusara anak kesayangannya.
Jenazah Allahyarhamah tiba di tanah perkuburan kira-kira pukul 5.00 petang dan suasana pilu menyelubungi sebaik jenazah tiba.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi, Inovasi dan Alam Sekitar Datuk Mohamad Nizar Najib yang mewakili kerajaan negeri Pahang.
Allahyarhamah Nur Farah dilaporkan hilang pada 11 Julai dan mayatnya ditemui Isnin lalu di kawasan ladang kelapa sawit Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor.

Datuk Nizar turut hadir di pengebumian.
-ZS-