Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Karnival Asyura Peringkat Negeri Pahang Disambut Sederhana Tetapi Meriah

By 24 Julai 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Erzufariza Zulkifly/Jabatan Agama Islam Pahang (Maran)

Antara kumpulan yang menyertai pertandingan memasak dan mengacau bubur asyura.

MARAN, 24 Jul (Malaysiaaktif) – Program Karnival Asyura Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur, di Arena YAM Tengku Muda Pahang, di sini semalam disambut secara sederhana tetapi meriah apabila mendapat sambutan hangat dengan penyertaan daripada 27 kumpulan dari semua daerah di negeri Pahang yang menyertai pertandingan memasak dan mengacau bubur asyura.

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Datuk Haji Abdul Zaki Md Zain keistimewaan program kali ini adalah apabila ianya dinilai oleh juri profesional yang dijemput dari Hotel Grand Darul Makmur dan Hotel Shahzan, Kuantan.

Antara kumpulan yang menyertai pertandingan memasak dan mengacau bubur asyura.

“Barisan panel hakim yang mempunyai kekuatan dan pengalaman melalui empat kriteria iaitu bahan, rasa, kreativiti dan persembahan turut diundang menjadi juri,” katanya semalam.

Pada karnival ini turut diadakan majlis penyampaian Barakah Haji Negeri Pahang kepada 130 orang jemaah haji berjumlah RM750 seorang.

Sumbangan ini turut membuktikan bahawa komitmen kerajaan negeri Pahang dalam menjaga kebajikan jemaah haji negeri yang telah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad selaku wakil rasmi Menteri Besar Pahang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda