
Laporan/foto: Zayana Isa/Faizal Azrin (Pahang)
KUANTAN, 26 Jul (Malaysiaaktif) – Karnival Komuniti Paya Besar anjuran Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Paya Besar buat julung kalinya diadakan bermula hari ini, 26 Julai hingga Ahad di Dataran Felda Lepar Utara 1.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang merupakan antara agensi kerajaan yang terlibat.
Ahli Parlimen Paya Besar Datuk Indera Mohd Shahar Abdullah, semalam berkata pelbagai aktiviti telah diaturkan bagi menjayakan karnival ini.
“Karnival yang buat julung kali dianjurkan ini turut melibatkan penyertaan 21 agensi kerajaan dengan pelbagai perkhidmatan dan pameran yang diadakan sepanjang karnival ini berlangsung,” katanya.
Beliau mengalu-alukan seluruh penduduk di Felda Lepar Utara untuk hadir memeriahkan karnival tersebut dan mendapatkan perkhidmatan yang telah disediakan.

Reruai Bank Simpanan Nasional turut dibuka di Karnival Komuniti Paya Besar.
“Saya juga berharap agar anak-anak perantau juga dapat pulang menjayakan dan memeriahkan karnival ini,” ujarnya yang turut memberitahu akan mengumumkan berita gembira buat penduduk Felda Lepar semasa karnival itu nanti.
-ZS-