Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Karnival Makanan Viral Sempena Tahun Melawat Kelantan 2024

By 10 Julai 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Hussin Abdullah (Tumpat)

TUMPAT, 10 Jul (Malaysiaaktif) – Lebih 150 menu makanan dan minuman viral dibawa ke Padang Kemahkotaan Tumpat sempena Tahun Melawat Kelantan 2024 di Daerah Tumpat.

Orang ramai yang menghadiri Program Karnival Makanan Viral Sempena Tahun Melawat Kelantan 2024 di Padang Kemahkotaan Tumpat

Dianggarkan 10,000 orang hadir ke program yang diadakan selama empat hari bermula 4 hingga 7 Julai 2024, termasuk selebriti dan pempengaruh terkenal juga turut sama diundang.

Seorang peniaga makanan, Zakiah Mamat, 20, berpendapat bahawa program ini amat penting bagi peniaga mempromosikan produk makanan dan minuman kepada umum dan menganggap program begini mampu menjadi salah satu platform menjana pendapatan peniaga.

“Saya sentiasa mengikuti program seumpama ini kerana ianya memberi peluang bagi mempromosi dan menjual produk makanan saya kepada umum.

Antara makanan viral yang telah dijual

“Program ini harus diteruskan dari masa ke masa untuk menggalakkan remaja turut bergiat dalam perniagaan bidang makanan dan minuman,” katanya.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Tuan Hilmi Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Kelantan.

-AA-

Tinggalkan komen anda