
Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin/Syafiq Jamloh (Pekan)
PEKAN, 15 Jul (Malaysiaaktif) – Kekuatan dan kesepakatan komuniti terserlah melalui penganjuran program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) Komuniti MADANI.

Kaunter bergerak KWSP menjadi tumpuan penduduk
Timbalan Pengerusi Komuniti MADANI Sri Makmur Umar Kassim berkata, aktiviti yang dijalankan melalui program ini amat dekat dengan masyarakat.
“Antara aktiviti yang dijalankan ialah mengacau bubur Asyura, pemeriksaan kesihatan diri dan gigi percuma serta kaunter bergerak Tabung Haji dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat,” ujarnya.
Tambahnya, melalui program ini juga maklumat dan hebahan mengenai dasar-dasar kerajaan yang terkini dapat disampaikan dan diberikan penjelasan sewajarnya.

Kaunter pemeriksaan kesihatan gigi
“Saya menyambut baik program seperti ini kerana ianya penting dan memperlihatkan peranan Jabatan Penerangan sebagai ejen menyampaikan maklumat kerajaan kepada rakyat,” katanya yang juga merupakan ketua kampung di Felcra Sri Makmur.
Dalam program berkenaan juga turut diadakan taklimat berkenaan Pelarasan Subsidi Diesel dan BUDI MADANI yang disampaikan oleh Pegawai Penerangan Daerah Pekan serta edaran bahan penerbitan Jabatan Penerangan Malaysia, Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak dan Pertandingan Kahoot MADANI yang dihadiri kira-kira seramai 500 orang.
-AA-