
Laporan/foto: Lyana Athirah Mohd Saad (Pokok Sena)
POKOK SENA, 29 Jul (Malaysiaaktif) – Pendedahan awal mengenai sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen di Malaysia kepada pelajar Kelab Malaysiaku telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jabi, di sini hari ini.

Penyerahan sijil penyertaan kepada pelajar.
Program JIWA Madani @ Kelab Malaysiaku anjuran Pejabat Penerangan Daerah Pokok Sena ini dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk mengenali serta memahami sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia.
“Sistem Raja Berperlembagaan di Malaysia adalah unik,” kata pelajar Tingkatan Tiga, Puteri Airis Danisha, 15, ketika menjawab soalan kuiz.
Sesi ceramah telah disampaikan oleh Pegawai Penerangan Daerah Padang Terap Muhamad Fiteri Abdul Manap.

Puteri Airis Danisha ketika menjawab soalan kuiz.
-ZS-